Sabtu, 4 September 2021

Salam Perkenalan

 

Salam Perkenalan Semua..


Saya Mohd Fakhruddin bin Mohd Pauzi adalah penulis blog fakhruddinpauzi.blogspot.com yang dimulakan sejak bulan September 2021.Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Terengganu dan berasal dari Kampung Batu rakit.Sekarang saya tinggal di daerah Kemaman Bersama dengan Isteri tercinta iaitu Zulaikha Ghazali Bersama 3 orang cahaya mata kurniaan Tuhan pelengkap hidup kami.

Alhamdulillah, tak terhitung banyaknya nikmat yang Tuhan kurniakan kepada saya. Latarbelakang keluarga yang baik agamanya, ibu yang penyayang dan bapa yang hebat, yang menjadi pendorong saya pada hari ini. Serta guru-guru, mentor-mentor, sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong untuk saya berjaya dunia dan akhirat.

 

Kerjaya saya,

 

Dari sudut pekerjaan, saya adalah seorang Juruteknik Penyaman udara yang berkerja di Syarikat Alam Dingin dan memiliki Diploma Penyaman Udara dari Adtec Shah Alam. Mempunyai Pengalaman selama 10 tahun dalam Sektor Minyak dan Gas.

 

Alhamdulillah,masih dikurniakan rezeki dan pekerjaan yang baik walaupun dalam musim dan tahun mencabar ini ( pendamik covid 19)

 

Menulis Blog

 

Keinginan saya untuk menulis blog sebenarnya dah lame tapi baru boleh bermula sejak september 2021, iaitu selepas mendapat semangat baru dalam bisnes emas dan perak (Public Gold) dan rase ingin berkongsi pengalaman dan perasaan hidup saya kepada semua orang melalui penulisan.Maaf jika penulisan saya kadang-kadang kelihatan lucu dan pelik ye..hehe

 Semoge segala perkongsian saya nanti mampu memberi manfaat kepada semua pembaca.Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Anda kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog ini.


Mohd Fakhruddin Mohd Pauzi

               "Simpan emas dengan ilmu,Simpan emas dengan senyuman"


 

KALAU BIJAK NAMPAK PELUANG, BENDA MAHAL PUN BOLEH BÉLI MURAH!

  "Nanti Tolong daftarkan aku akaun emas . Nanti duit aku kumpul cukup, boleh terus bèli emas." Pinta seorang kawan saya. "Ta...