Ahad, 24 Oktober 2021

HUKUM BELI ANSURANS EMAS PUBLIC GOLD

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah..Bertemu lagi kita semua dalam blog ini,hari ini kita akan berbicara tentang hukum membeli emas public gold secara Ansurans

Untuk pengatahuan semua,kita semua boleh membeli emas Public gold dengan 3 cara/kaedah :

1)CASH
2)AKAUN GAP
3) SYARIAH EASY PAYMENT PURCHASE (SEPP)


Jadi ada orang minta penjelasan tentang isu kepatuhan syariah untuk pembelian emas/perak Public Gold secara Easy Payment Purchase (EPP)

Ada dua bentuk penjelasan yang saya ingin berikan. 

Pertama, penjelasan untuk orang awam atau masyarakat marhein dan

Kedua, penjelasan untuk orang yang pakar di dalam bidang mualamat (Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia)


1.Penjelasan kepada orang awam


Orang awam ini bermaksud orang yang tidak belajar dalam bidang syariah. Dia bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan.

Untuk orang awam,  urusniaga belian secara EPP ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors https://amanieadvisors.com/ 

Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah. Beliau menjadi sumber rujukan samada di dalam mahu pun di luar negara.

Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Kemudian bila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga tersebut. 

Saya sertakan sijil ini untuk rujukan anda pada masa depan. Ianya satu tanda komited Public Gold untuk berurusan dengan pembeli dengan patuh syariah.


2.Penjelasan untuk orang yang ahli


Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:

1. Apabila pembeli membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil ‘wa’ad’ atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.

2. Setelah pembeli mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil 'Hamisy Jiddiyyah'.

Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas. Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli diantara Public Gold dan pembeli.

Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.

Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli. 

Waktu inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di cawangan Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit bayaran kepada pembeli.


Semoga penjelasan ini memberikan keyakinan kepada anda untuk terus berjual beli dengan Public Gold insyaallah.

kredit :Tuan Syukor Hashim atas penjelasan

Rabu, 20 Oktober 2021

KOS UMARAH MENINGKAT??...EMAS PENYELESAIANNYA

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah..Bertemu lagi kita semua dalam blog ini,sekarang rentas negara sudah dibenarkan,peluang untuk menunaikan ibadah umrah dah boleh kita laksanakan..

Dalam kegembiraan dapat merentas negera dan menunaikan umrah,kita baru dikejutkan dengan berita kenaikan kos ibadah umrah yang diumumkan.



Kos untuk mengerjakan umrah meningkat dari RM 4900 kepada RM 6900,sesuatu yang sudah dijangka kerana pengumuman dari kerajaan arab Saudi sebelum ini.

Tahukah,jika anda menyimpan Emas sebagai dana umrah pada tahun 2016,kos untuk menunaikan umrah masih lagi sama untuk tahun 2021 iaitu 7 dinar (29.75gram).


                                   

Jom tengok pengiraan ini.


(Kos Umrah Tahun 2016)

Simpan duit=RM4900

Simpan emas= 7dinar =RM5385 (1gram=RM181)

 

(Kos Umrah Tahun 2021)

Simpan duit=RM6900

Simpan Emas=7 dinar =RM7765 (1gram = RM261) 


Anda dapat faham,kos upah umrah dengan menggunakan emas sentiasa mencukupi kerana emas mampu menyimpan nilai yang baik dan kalis inflasi berbanding duit kertas.


                         


Jadi jom kita mulakan simpanan dana umrah dalam bentuk emas,insyaallah walaupun 10 tahun akan datang,kos umrah masih mencukupi jika dengan emas kerana emas sentiasa naik berbanding duit kertas yang sentiasa menurun akibat ditelan inflasi

Ahad, 17 Oktober 2021

Alhamdulillah..Rentas negeri dah dibenarkan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua..


Jom kita perbanyakkan selawat dan salam keatas Nabi Muhammad S.A.W dan ucapan syukur kepada ALLAH atas segala Nikmat dan KurnianNYA


Alhamdulillah (3x)


Allahumma Solli'ala Sayyidina Muhammad (3x)


Alhamdulillah,11 oktober 2021,kerajaan Malaysia telah membenarkan aktiviti merentas negeri dan negara dengan bersyarat dan mesti mematuhi SOP yang telah dikeluarkan.



Kita semua menyambut berita ini dengan rase bersyukur dan gembira.Jalan raya sudah mula dipenuhi kenderaan yang mula bergerak menuju ke destinasi masing-masing.


Saya juga menunggu kepulangan adik-adik yang menanti tarikh yang terbaik untuk bercuti dan pulang ke kampung.Semalam,rumah saya dikunjungi abang dan kakak ipar yang pulang ke kampung bertemu ibu.


Pelbagai ragam dan gelagat dapat kita lihat dan semua gembira dapat bertemu muka setelah sekian lame berjauhan.Semoge apa yang kita sehingga hari ini lebih mendekatkan diri kepada yang maha pencipta.



                               


#Gambar Daripada Facebook "Galeri Sentuhan arifsan"

Cara Belian Emas Public Gold


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Bertemu lagi kita semua dalam blog ini,hari ini saya akan menceritakan serba sedikit berkaitan Cara pembelian emas Public Gold.

Di Public Gold sebenarnya semua orang boleh membeli dan miliki emas bermula dari seawal bayi yang berumur 7 hari (miliki sijil kelahiran) dan tiada had umur dengan cara mudah,murah,selamat dan patuh syariah.

Public Gold sediakan 3 bentuk emas yang boleh kita beli dan miliki.Samaada emas bentuk perhiasan (cincin dan gelang) atau emas bentuk simpanan dan pelaburan (gold bar & dinar).


Emas Perhiasan 

Kalau ada sesiapa yang berminat nak beli emas perhiasan,boleh beli di website www.pgmall.my

PGMall adalah e-commerce (platform shopping online) dibawah kelolaan Public Gold sendiri.
Untuk beli emas perhiasan didalam PGMall, cari official Store PGJewel. Dalam official store PGJewel ada lebih 500 design emas perhiasan.



Bagi yang pertama kali layari PGMall, anda boleh daftarkan diri secara percuma dengan link ini:https://bit.ly/34ZHnUR

Cara pembelian di PGMall sama macam beli barang online di Lazada, Shoppee dan lain-lain. Cara pembayaran menggunakan FPX, atau boleh gunakan kad kredit tanpa caj.
Dan yang paling "best" setiap apa yang kita beli didalam PGMall ini kita akan dapat "CashBack"!


 Emas Simpanan & Pelaburan  (Gold Bar & Dinar)

Untuk beli emas gold bar & dinar, anda boleh terus layari website www.publicgold.com.my



Di dalam website ini anda boleh buat pilihan jenis emas yang ingin dibeli.
Bagi yang pertama kali layari website Public Gold boleh daftarkan diri secara percuma disini kemudian boleh terus buat belian:https://bit.ly/3mU7Vzo

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaedah beli emas Gold Bar & Dinar 

Terdapat 2 Kaedah beli emas (Gold bar & dinar) Public Gold:.

Kaedah Pertama:

Beli emas secara "Outright Purchase" ( kunci harga).

Beli emas dengan kaedah outright purchase lebih sesuai bagi anda yang ada modal besar sebagai contoh beli emas dari sekecil 1 dinar atau 10gram gold bar dan keatas.

Terdapat 2 cara bayaran bagi kaedah ini :

(1) bayaran penuh
(2) Easy payment purchase (ansuran patuh syariah) 6 kali atau 6 bulan (tertakluk terma)

Kaedah Kedua:

Beli emas secara akaun emas (Gold Accumulation Program) atau dipanggil Akaun GAP.

Kaedah beli emas guna akaun emas lebih sesuai bagi anda yang bermodal kecil dari serendah RM100 atau harga emas 1gram.


Bagi Permulaan, anda beli gram emas dan kumpul (simpan) sementara didalam akaun sehingga capai target gram yang anda kehendaki, kemudian anda boleh keluarkan emas dalam bentuk fizikal dimana-mana cawangan berhampiran.

Kaedah ini mudah dan membantu anda yang berkeinginan memiliki emas tapi bajet anda kecil.

Untuk faham sepenuhnya berkenaan akaun emas GAP ini, saya sertakan link untuk anda download ebook panduan lengkap tentang akaun emas secara Percuma.Klik link disini:https://bit.ly/3DKxwBF

Jika anda ada sebarang kemuskilan dan perlukan penjelasan lebih lanjut, boleh terus whatsapp saya.
www.wasap.my/60136434402/SimpananEmasPG

Insyaa Allah saya sedia bimbing anda secara peribadi tanpa apa-apa bayaran.


Mohd Fakhruddin Mohd Pauzi
PG00383564
Authorised Dealer Public Gold


   "Simpan emas dengan ilmu,Simpan emas dengan senyuman"



Asas Pemilihan Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Untuk makluman anda,sebelum membuat simpanan dan pelaburan emas,kita perlu membuat pemilihan yang tepat agar kita semua mampu mendapat keuntungan yang paling cepat dengan emas tersebut.

Bukan semua emas sesuai dijadikan simpanan dan  pelaburan kerana emas pelaburan berbentuk jongkong bar dan syiling adalah yang terbaik.Emas perhiasan bukan emas pelaburan terbaik kerana harganya dan spread yang sangat tinggi.

Terdapat 5 Asas Pemilihan Emas pelaburan:

1)Harga per gram yang rendah

Sebelum membeli sesuatu emas pelaburan,bandingkan harga emas per gram dengan beberapa pengeluar,buat sedikit list dan catatan serta bandinglah sekurang-kurangnya 3 tempat pengeluar atau kedai.



2)Spread yang rendah

Spread adalah perbezaan harga jual dan harga beli.Ada juga sesetengah orang memanggilnya susut nilai.

Emas pelaburan terbaik mestilah mempunyai spread diantara 6%-9% kerana makin rendah spread tersebut,makin cepat kita mendapat keuntungan.



3)Boleh beli setiap masa dan Stok tidak terhad

Sesetengah pengedar/penjual emas mempunyai banyak stok apabila harga emas naik berbanding harga emas turun. Ketika harga emas turun/rendah, banyak orang akan membeli untuk menambah gram aset mereka. Kadang-kadang kita perlu menanti stok sampai dan kita tidak boleh lock the current price (harga semasa). kita perlu menunggu stok sampai dan kita perlu membayar harga pada ketika kita mendapatkan emas fizikal itu. 



Ianya berbeza dengan public gold yang menyediakan platform yang membolehkan kita mengunci harga  semasa diatas talian ( secara online) 24jam 365hari. sekiranya stok sudah tiba, anda tetap membayarkan harga yang telah dikunci. Selalunya, jika public gold kehabisan stok di sesebuah cawangan negeri (terutama jika berlaku gold rush), pelanggan tetap akan mendapatkan emas fizikal yang di beli dalam tempoh masa yang terdekat kerana selalunya branch akan re-stock emas mereka. 

untuk pengetahuan anda, branch tidak boleh simpan stock emas terlalu banyak pada satu-satu masa atas soal isu keselamatan. 

4)Cawangan yang banyak

Cawangan yang banyak memudahkan urusan pembeli mendapatkan belian emas fizikal dengan mudah.Sebagai contoh,Syarikat Public Gold mempunyai 18 buah cawangan di Malaysia termasuk di Indonesia.

                   

 Public Gold juga menyediakan perkhimatan "Gold in Transit" (GIT) bagi mereka yang duduk jauh dari branch, mereka boleh menggunkan khidmat GIT dengan tenang dan selamat kerana Emas mereka dilindungi insurans.

             


5)Urusan jual yang tidak cerewek

Public Gold antara syarikat jual beli emas yang bersedia menerima apa-apa bentuk emas (asalkan tulen) dari mana-mana jenama termasuk emas perhiasan walapun emas anda kemek, rosak, calar, dan seal terbuka. Ada penjual/syarikat yang tidak menerima emas mereka sendiri jika calar atau rosak mahupun terbuka daripada pembalut. Ada yang menerima, tetapi harga belian balik yang rendah berbanding public gold.

Untuk urusan jual balik, selalunya wang anda akan dikreditkan ke dalam akaun anda dalam masa 1-3hari bekerja.

          


Jika anda ingin memilih jenis emas yang baik sebagai simpanan pelaburan, semak kriteria di atas terlebih dahulu.Semoge mendapat manfaat dan jadi pembeli emas yang bijak.

              

             "Simpan emas dengan ilmu,Simpan emas dengan senyuman"








Public Gold

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Bertemu lagi kita semua dalam blog ini,hari ini saya akan menceritakan serba sedikit berkaitan syarikat Public Gold.

Untuk pengatahuan semua,Public Gold adalah sebuah syarikat pengeluar emas yang terbesar di Malaysia. Mula bertapak di Malaysia pada tahun 2008 sehingga sekarang dan merupakan syarikat yang sangat kukuh. Syarikat ini menjalankan perniagaan menjual membeli emas dan perak disamping menjual produk barangan kemas bagi mempelbagaikan variasi keluarannya. Syarikat Public Gold ini di bawah pimpinan Dato ‘ Louis Ng.


Perkembangan perniagaan Public Gold yang sangat meluas, syarikat ini mempunyai HQ yang terletak di Pulau Pinang dan mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia dan Indonesia, turut menawarkan tempat penyimpanan emas iaitu public safe, tempat pajak emas dan perak dengan penubuhan Koperasi Dagang Emas bagi membantu memudahkan penyimpan emas menyimpan emas di Public Gold.




Public Gold memfokuskan jualan emas dan perak  untuk tujuan simpanan dan pelaburan manakala kedai-kedai emas yang ada di pasaran lebih memfokuskan jualan emas untuk tujuan perhiasan. 


Public Gold telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record sebagai syarikat tempatan pertama di Malaysia yang menghasilkan Emas dan Perak termurah bagi tujuan Simpanan dan Pelaburan serta telah mendapat pelbagai anugerah dari luar Negara. 


Public Gold juga merupakan Syarikat jual beli emas yang pertama mendapat Pengesahan Patuh Syariah daripada Amanie Advisor Sdn Bhd.Anda boleh membeli dan melihat produk emas keluaran mereka serta melihat harga emas semasa Public gold dengan mudah di website rasmi iaitu www.publicgold.com.my setiap masa selama 24jam sehari.


Untuk pengatahuan anda, Public Gold mempunyai Rangkaian Business iaitu PG Mall, PG Jewel, PG Aurora Italia, PG Museum, PG Safe, PG Mint serta mempunyai rakan niaga Seperti Pos Malaysia, Nadir Metal Refinery, RedTone.

  

                    


Emas Public Gold juga diterima oleh kedai Pajak Gadai di seluruh Malaysia dan mempunyai rakan niaga seperti Pos Arrahnu,Bank islam,Bank Rakyat,Agro Bank,Koperasi Angkatan Tentera Malaysia,Bank Muamalat ,Koperasi Dagang Emas,ar-rahn dan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad.


            



Disini saya sertakan beberapa perkara yang tiada kaitan dengan Public Gold :


1. Public Gold tiada kaitan dengan public bank.

2. Public Gold tiada kaitan dengan ‘multi level markerting’

3. Public Gold tiada kaitan dengan piramid wang

4. Public Gold tiada kaitan dengan skim cepat kaya

5. Public Gold tiada kaitan dengan skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan lumayan dalam jangkamasa yang singkat atau pulangan tetap bulanan yang akhirnya pelabur akan ditipu dan mengalami kerugian. 


                       


Tidak dinafikan Public Gold adalah syarikat emas yang sangat kukuh dan tiada rekod penipuan di mana-mana institusi perbankan.


Setiap pelanggan Public Gold yang membeli emas dengan Syarikat ini mendapat emas dan Public Gold juga berjanji membeli balik emas keluaran mereka dengan harga yang tinggi.


Bagi mereka yang ingin menyimpan emas boleh mula menyimpan di Public Gold dengan lebih mudah,murah,patuh syariah dan selamat.


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya sekarang

www.wasap.my/60136434402/SimpanEmasPG


          "Simpan emas dengan ilmu,Simpan emas dengan senyuman"


KALAU BIJAK NAMPAK PELUANG, BENDA MAHAL PUN BOLEH BÉLI MURAH!

  "Nanti Tolong daftarkan aku akaun emas . Nanti duit aku kumpul cukup, boleh terus bèli emas." Pinta seorang kawan saya. "Ta...