Ahad, 17 Oktober 2021

Public Gold

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Bertemu lagi kita semua dalam blog ini,hari ini saya akan menceritakan serba sedikit berkaitan syarikat Public Gold.

Untuk pengatahuan semua,Public Gold adalah sebuah syarikat pengeluar emas yang terbesar di Malaysia. Mula bertapak di Malaysia pada tahun 2008 sehingga sekarang dan merupakan syarikat yang sangat kukuh. Syarikat ini menjalankan perniagaan menjual membeli emas dan perak disamping menjual produk barangan kemas bagi mempelbagaikan variasi keluarannya. Syarikat Public Gold ini di bawah pimpinan Dato ‘ Louis Ng.


Perkembangan perniagaan Public Gold yang sangat meluas, syarikat ini mempunyai HQ yang terletak di Pulau Pinang dan mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia dan Indonesia, turut menawarkan tempat penyimpanan emas iaitu public safe, tempat pajak emas dan perak dengan penubuhan Koperasi Dagang Emas bagi membantu memudahkan penyimpan emas menyimpan emas di Public Gold.




Public Gold memfokuskan jualan emas dan perak  untuk tujuan simpanan dan pelaburan manakala kedai-kedai emas yang ada di pasaran lebih memfokuskan jualan emas untuk tujuan perhiasan. 


Public Gold telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record sebagai syarikat tempatan pertama di Malaysia yang menghasilkan Emas dan Perak termurah bagi tujuan Simpanan dan Pelaburan serta telah mendapat pelbagai anugerah dari luar Negara. 


Public Gold juga merupakan Syarikat jual beli emas yang pertama mendapat Pengesahan Patuh Syariah daripada Amanie Advisor Sdn Bhd.Anda boleh membeli dan melihat produk emas keluaran mereka serta melihat harga emas semasa Public gold dengan mudah di website rasmi iaitu www.publicgold.com.my setiap masa selama 24jam sehari.


Untuk pengatahuan anda, Public Gold mempunyai Rangkaian Business iaitu PG Mall, PG Jewel, PG Aurora Italia, PG Museum, PG Safe, PG Mint serta mempunyai rakan niaga Seperti Pos Malaysia, Nadir Metal Refinery, RedTone.

  

                    


Emas Public Gold juga diterima oleh kedai Pajak Gadai di seluruh Malaysia dan mempunyai rakan niaga seperti Pos Arrahnu,Bank islam,Bank Rakyat,Agro Bank,Koperasi Angkatan Tentera Malaysia,Bank Muamalat ,Koperasi Dagang Emas,ar-rahn dan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad.


            



Disini saya sertakan beberapa perkara yang tiada kaitan dengan Public Gold :


1. Public Gold tiada kaitan dengan public bank.

2. Public Gold tiada kaitan dengan ‘multi level markerting’

3. Public Gold tiada kaitan dengan piramid wang

4. Public Gold tiada kaitan dengan skim cepat kaya

5. Public Gold tiada kaitan dengan skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan lumayan dalam jangkamasa yang singkat atau pulangan tetap bulanan yang akhirnya pelabur akan ditipu dan mengalami kerugian. 


                       


Tidak dinafikan Public Gold adalah syarikat emas yang sangat kukuh dan tiada rekod penipuan di mana-mana institusi perbankan.


Setiap pelanggan Public Gold yang membeli emas dengan Syarikat ini mendapat emas dan Public Gold juga berjanji membeli balik emas keluaran mereka dengan harga yang tinggi.


Bagi mereka yang ingin menyimpan emas boleh mula menyimpan di Public Gold dengan lebih mudah,murah,patuh syariah dan selamat.


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya sekarang

www.wasap.my/60136434402/SimpanEmasPG


          "Simpan emas dengan ilmu,Simpan emas dengan senyuman"


Sabtu, 4 September 2021

Salam Perkenalan

 

Salam Perkenalan Semua..


Saya Mohd Fakhruddin bin Mohd Pauzi adalah penulis blog fakhruddinpauzi.blogspot.com yang dimulakan sejak bulan September 2021.Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Terengganu dan berasal dari Kampung Batu rakit.Sekarang saya tinggal di daerah Kemaman Bersama dengan Isteri tercinta iaitu Zulaikha Ghazali Bersama 3 orang cahaya mata kurniaan Tuhan pelengkap hidup kami.

Alhamdulillah, tak terhitung banyaknya nikmat yang Tuhan kurniakan kepada saya. Latarbelakang keluarga yang baik agamanya, ibu yang penyayang dan bapa yang hebat, yang menjadi pendorong saya pada hari ini. Serta guru-guru, mentor-mentor, sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong untuk saya berjaya dunia dan akhirat.

 

Kerjaya saya,

 

Dari sudut pekerjaan, saya adalah seorang Juruteknik Penyaman udara yang berkerja di Syarikat Alam Dingin dan memiliki Diploma Penyaman Udara dari Adtec Shah Alam. Mempunyai Pengalaman selama 10 tahun dalam Sektor Minyak dan Gas.

 

Alhamdulillah,masih dikurniakan rezeki dan pekerjaan yang baik walaupun dalam musim dan tahun mencabar ini ( pendamik covid 19)

 

Menulis Blog

 

Keinginan saya untuk menulis blog sebenarnya dah lame tapi baru boleh bermula sejak september 2021, iaitu selepas mendapat semangat baru dalam bisnes emas dan perak (Public Gold) dan rase ingin berkongsi pengalaman dan perasaan hidup saya kepada semua orang melalui penulisan.Maaf jika penulisan saya kadang-kadang kelihatan lucu dan pelik ye..hehe

 Semoge segala perkongsian saya nanti mampu memberi manfaat kepada semua pembaca.Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Anda kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog ini.


Mohd Fakhruddin Mohd Pauzi

               "Simpan emas dengan ilmu,Simpan emas dengan senyuman"


 

KALAU BIJAK NAMPAK PELUANG, BENDA MAHAL PUN BOLEH BÉLI MURAH!

  "Nanti Tolong daftarkan aku akaun emas . Nanti duit aku kumpul cukup, boleh terus bèli emas." Pinta seorang kawan saya. "Ta...