Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua..
Jom kita perbanyakkan selawat dan salam keatas Nabi Muhammad S.A.W dan ucapan syukur kepada ALLAH atas segala Nikmat dan KurnianNYA
Alhamdulillah (3x)
Allahumma Solli'ala Sayyidina Muhammad (3x)
Alhamdulillah,11 oktober 2021,kerajaan Malaysia telah membenarkan aktiviti merentas negeri dan negara dengan bersyarat dan mesti mematuhi SOP yang telah dikeluarkan.
Kita semua menyambut berita ini dengan rase bersyukur dan gembira.Jalan raya sudah mula dipenuhi kenderaan yang mula bergerak menuju ke destinasi masing-masing.
Saya juga menunggu kepulangan adik-adik yang menanti tarikh yang terbaik untuk bercuti dan pulang ke kampung.Semalam,rumah saya dikunjungi abang dan kakak ipar yang pulang ke kampung bertemu ibu.
Pelbagai ragam dan gelagat dapat kita lihat dan semua gembira dapat bertemu muka setelah sekian lame berjauhan.Semoge apa yang kita sehingga hari ini lebih mendekatkan diri kepada yang maha pencipta.
#Gambar Daripada Facebook "Galeri Sentuhan arifsan"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan