Ahad, 24 Oktober 2021

HUKUM BELI ANSURANS EMAS PUBLIC GOLD

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah..Bertemu lagi kita semua dalam blog ini,hari ini kita akan berbicara tentang hukum membeli emas public gold secara Ansurans

Untuk pengatahuan semua,kita semua boleh membeli emas Public gold dengan 3 cara/kaedah :

1)CASH
2)AKAUN GAP
3) SYARIAH EASY PAYMENT PURCHASE (SEPP)


Jadi ada orang minta penjelasan tentang isu kepatuhan syariah untuk pembelian emas/perak Public Gold secara Easy Payment Purchase (EPP)

Ada dua bentuk penjelasan yang saya ingin berikan. 

Pertama, penjelasan untuk orang awam atau masyarakat marhein dan

Kedua, penjelasan untuk orang yang pakar di dalam bidang mualamat (Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia)


1.Penjelasan kepada orang awam


Orang awam ini bermaksud orang yang tidak belajar dalam bidang syariah. Dia bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan.

Untuk orang awam,  urusniaga belian secara EPP ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors https://amanieadvisors.com/ 

Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah. Beliau menjadi sumber rujukan samada di dalam mahu pun di luar negara.

Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Kemudian bila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga tersebut. 

Saya sertakan sijil ini untuk rujukan anda pada masa depan. Ianya satu tanda komited Public Gold untuk berurusan dengan pembeli dengan patuh syariah.


2.Penjelasan untuk orang yang ahli


Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:

1. Apabila pembeli membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil ‘wa’ad’ atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.

2. Setelah pembeli mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil 'Hamisy Jiddiyyah'.

Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas. Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli diantara Public Gold dan pembeli.

Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.

Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli. 

Waktu inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di cawangan Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit bayaran kepada pembeli.


Semoga penjelasan ini memberikan keyakinan kepada anda untuk terus berjual beli dengan Public Gold insyaallah.

kredit :Tuan Syukor Hashim atas penjelasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAU BIJAK NAMPAK PELUANG, BENDA MAHAL PUN BOLEH BÉLI MURAH!

  "Nanti Tolong daftarkan aku akaun emas . Nanti duit aku kumpul cukup, boleh terus bèli emas." Pinta seorang kawan saya. "Ta...